Lading dibuat daripada sejenis besi yang terpilih. Ada beberapa bahan dimasukkan (rahsia) dalam besi untuk mendatangkan "bisa" kepada senjata tersebut.
Senjata parang lading SCH mengikut ukuran sipemakai. Dan seseorang ahli hanya dibenarkan memakai senjata ini apabila diizinkan oleh YM Guru Utama. Ukuran akan diambil dan menempahnya daripada tukang parang lading yang mampu membuatnya mengikut spesifikasi. Kualiti pembuatan parang lading ini juga dipantau. Maka tidak bolehlah dengan hanya mengetahui sedikit sebanyak tentang ukuran parang lading maka dibuat tempahan daripada mana-mana tukang senjata. Bukan semua tukang boleh buat parang lading ini mengikut spesifikasinya.
Silat Cekak Hanafi tidak mengajar "bermain senjata" kerana tidak ada sistem penggunaan dua senjata dalam silat ini. Apa yang dipelajari adalah bagaimana menangkis serangan orang yang bersenjata dan merampas senjata lawan. Dalam aspek latihan silat, ahli-ahli tetap diajar bagaimana untuk menikam atau memukul dengan menggunakan senjata seperti pisau dan tongkat disamping mengajar mereka untuk menangkis serangan dan merampas senjata tersebut.
Wali Jantan adalah merupakan pelengkap kepada Parang Lading.
Hanya ahli-ahli yang tertentu sahaja akan dianugerahkan senjata ini oleh YM Guru Utama.