6-6

"6-6" adalah satu nama khas yang diberikan untuk peringkat tamat dalam sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi. Ia membawa maksud bahawa sesama ahli Silat Cekak Hanafi tidak boleh mengatasi atau mengalahkan antara satu sama lain. Inilah yang dimaksudkan tamat dalam Silat Cekak Hanafi. Peringkat ini adalah peringkat amali atau praktikal bagi lafaz ikrar pantang larang Silat Cekak Hanafi iaitu tidak boleh bergaduh sesama ahli silat ini yang disebutkan ahli-ahli semasa ijazah pertama dengan YM Guru Utama.. Perkara ini adalah penting untuk mewujudkan perpaduan dan setiakawan dalam pergerakan Silat Cekak Hanafi disamping membuang sifat ego dan angkuh dalam diri ahli-ahli Silat Cekak Hanafi. Mengapa "6-6" dan tidak angka lain? Sebagaimana yang dinyatakan tadi ia adalah satu nama khas bagi peringkat tersebut yang diperkenalkan sejak zaman Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad.