Parang Lading

Kenapa parang lading yang menjadi senjata rasmi SCH mengapa tidak keris atau sebaliknya?

Parang lading adalah senjata rasmi Silat Cekak Hanafi kerana menurut asal usulnya, silat ini berasal dari negeri Kedah DA. Senjata ini hanya terdapat di kawasan utara semenanjung khususnya di Kedah DA. Apa yang membezakan adalah parang lading dalam silat ini mempunyai ukuran nya yang tertentu yang disesuaikan untuk si pemakai. Parang lading amat sesuai bagi kaedah dan buah-buah Silat Cekak Hanafi berbanding keris atau senjata yang lain. Lagi pun silat ini tidak mengamalkan sistem menggunakan dua senjata - dua pisau atau dua parang atau dua tongkat dalam sistem pembelajaran nya.

Lading dibuat daripada sejenis besi yang terpilih. Ada beberapa bahan dimasukkan (rahsia) dalam besi untuk mendatangkan "bisa" kepada senjata tersebut.

Senjata parang lading SCH mengikut ukuran sipemakai. Dan seseorang ahli hanya dibenarkan memakai senjata ini apabila diizinkan oleh YM Guru Utama. Ukuran akan diambil dan menempahnya daripada tukang parang lading yang mampu membuatnya mengikut spesifikasi. Kualiti pembuatan parang lading ini juga dipantau. Maka tidak bolehlah dengan hanya mengetahui sedikit sebanyak tentang ukuran parang lading maka dibuat tempahan daripada mana-mana tukang senjata. Bukan semua tukang boleh buat parang lading ini mengikut spesifikasinya.

Silat Cekak Hanafi tidak mengajar "bermain senjata" kerana tidak ada sistem penggunaan dua senjata dalam silat ini. Apa yang dipelajari adalah bagaimana menangkis serangan orang yang bersenjata dan merampas senjata lawan. Dalam aspek latihan silat, ahli-ahli tetap diajar bagaimana untuk menikam atau memukul dengan menggunakan senjata seperti pisau dan tongkat disamping mengajar mereka untuk menangkis serangan dan merampas senjata tersebut.

Wali Jantan adalah merupakan pelengkap kepada Parang Lading.
Hanya ahli-ahli yang tertentu sahaja akan dianugerahkan senjata ini oleh YM Guru Utama.