Mandi Limau & Mandi 40 Hari

Dalam Silat Cekak Hanafi tidak ada upacara mandi minyak. Yang ada adalah mandi dengan air. Selaras dengan tradisi turun temurun, limau purut digunakan untuk membersih dan mewangikan tubuh badan. Upacara mandi adalah sebagai isyarat penting untuk memberitahu ahli bahawa mulai peringkat potong dan seterusnya, mereka harus menyimpan rahsia mata pelajaran. Dan untuk menyimpan rahsia ini seseorang harus membersihkan dirinya. Mandi silat perlu dilakukan selama 40 hari. Ini telah diberitahu oleh YM Guru Utama semasa majlis ijazah tamat. Jumlah 40 hari adalah jumlah yang mencukupi untuk mematangkan sesuatu mengikut hukum alam yang berkaitan dengan asal kejadian seorang manusia.