Tidur Atas Kain Putih Selepas Ijazah Pertama

Mengikut buku Silat Cekak Hanafi, kain putih yang digunakan semasa ijazah pertama ada hubungkaitnya dengan amalan membetulkan niat untuk belajar silat. Niat untuk belajar silat mestilah betul dan bersih sebersih kain putih tersebut. Selepas itu ahli diminta tidur di atas kain putih untuk mengingatkan mereka akan niat itu serta meningkatkan semangat dan komitmen nya untuk meneruskan pelajaran silat sehingga tamat.